Wanita hamil maut bersama suami & anak, tinggal si sulung kini yatim piatu
Tiga
sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah
kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik
dekat Kampung Kuak, Sauk malam tadi.
Mangsa yang maut adalah
pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, isterinya
Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib
Aidan.

Dua terselamat iaitu seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman, 4 tahun yang mengalami kecederaan ringan serta pemandu Toyota Hilux, lelaki berusia 33 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Nurul Huda iaitu Mohd Helmi Arifin berkata Allahyarham adiknya hamil dengan kandungan mencecah usia lima bulan.

Beberapa posting di laman Facebook turut memberi ucapan takziah atas pemergian tiga sekeluarga itu selain mendoakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Mahu atau tidak terpaksa reda walaupun ralat. Perut (arwah) pun dah nampak biarpun jantina kandungannya kami masih belum tahu,” katanya.

Beberapa posting di laman Facebook turut memberi ucapan takziah atas pemergian tiga sekeluarga itu selain mendoakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah
Rehatlah kalian dengan tenang & bahagia
Terdahulu,
keluarga itu sedang menuju ke arah Gerik dari Kuala Kangsar sebelum
pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dipercayai
hilang kawalan dan memasuki laluan mereka.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata, pemandu Toyota Hilux dan kenderaan terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut dimana darah serta urin diambil untuk ujian toksikologi.
Sumber : Bernama , Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (Harian Metro) , Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni UTHM , Nazirah Hashim