MasyaAllah, dia adalah ‘living legend’, ribuan pagan telah diIslamkannya

Masa saya tengah buat misi kemanusiaan di satu kampung di pedalamam Pitas, antara daerah termiskin di Sabah ni saya terserempak dengan seorang lelaki. Daripada raut wajahnya dia kelihatan sangat berbeza daripada penduduk kampung yang lain. Wajahnya sangat bersih!
Saya tanya salah seorang ahli rombongan kami, ni ke Haji Ismail yang dikatakan berjaya mengislamkan satu kampung yang penuh dengan orang Pagan tu. ” Ya, dialah Haji Ismail itu ” Telahan saya tepat! Rupanya inilah ‘the living legend yang diperkatakan ramai orang’ tu.
Kenapa saya kata dia ni ‘the living legend’?
Sebab saya pernah dengar cerita ada seorang lelaki yang masuk ke kampung tersebut ketika 100% penduduk kampung masih beragama Pagan. Lelaki tersebut menjadi orang Islam pertama yang berjaya masuk menembusi daerah yang penuh dengan orang yang menganut kepercayaan Pagan.
Ketika masuk ke kampung tersebut, lelaki ini masih bujang dan untuk ulang alik ke kampung tersebut beliau terpaksa melalui selut dan lumpur sedalam setengah betis.
Dalam proses dakwah beliau, bukan sedikit ser4ngan ilmu hitam yang terpaksa dia terima tetapi untuk melihat kampung tersebut selamat daripada api nerak4, lelaki tersebut kerahkan seluruh kudrat dan tenaganya.
Rupanya lelaki dalam gambar inilah lelaki tersebut! Saya ada tanya pada Haji Ismail ini beberapa soalan. “Berapa orang dah yang masuk Islam di tangan Haji? Adalah beberapa ratus orang je ” ters1pu s1pu Haji Ismail menjawab dengan penuh rendah diri.
“Selama ni cuma beberapa ratus orang sahaja?
Beberapa ratus tu cuma di kawasan ini sahaja. Ada lagi di beberapa kampung lain… Anggaran saya yang masuk Islam di tangan Haji Ismail ni ribuan orang sebenarnya cuma itulah, orang soleh gini mana nak cerita kebaikan kebaikan yang dia buat kan.
“Kenapa Haji kuat nak buat kerja dakwah ni semua? Apa yang menginspirasi Haji? ” tanya saya lagi. ” Saya dulu pernah ikut ikut tabligh dan berguru dengan beberapa tok guru. Tapi saya biasa biasa saja. Saya ikut ikut belajar saja ”
Kalau lah dia masuk ke kampung tersebut ketika orang Islam dah ada, itu biasa. Tapi Haji Ismail ni masuk berdakwah ketika 100% penduduk kampung masih menganut kepercayaan Pagan!
Ada sorang penduduk kampung yang juga seorang bekas penganut Pagan bagitahu saya, dulu kalau ada orang men1nggal di situ, kena ada orang teman tidur di kuburan selama 3 hari. Katanya kita kena teman mayat selama 3 hari sebab rohnya masih belum berangkat. Hari ke 4 baru rohnya akan berangkat pergi.
Selepas kemat1an juga ada banyak upacara yang agak membebankan penduduk kampung. Kini setelah Haji Ismail datang mengajarkan mereka tentang Islam, mereka bebas daripada semua adat yang membeleng.gu mereka selama ini.
Daripada raut wajah penduduk kampung, kelihatan yang mereka sangat menyayangi lelaki yang  bernama Haji Ismail yang membawa mereka keluar daripada kegelapan kepada cahaya iman.
Benarlah, jika kita tunduk pada dunia, maka dunia akan menjadikan kita hamba tetapi bila kita tunduk pada Pencipta dunia maka seluruh dunia akan diarahkan untuk tunduk, berkhidmat dan mencintai kita.
Sumber; Taufiq Razif