“Aktiviti sukan, kokurikulum luar bilik darjah dibenarkan mulai 1 September.” – Ismail Sabri
Kerajaan
membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk
pelajar sekolah mulai 1 Sept ini, kata Menteri Kanan (Kluster
Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini telah meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai garis panduan aktiviti tersebut.
Beliau berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini telah meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai garis panduan aktiviti tersebut.
“Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.”
Ismail
Sabri juga berkata antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk
mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga, penggunaan bilik
mandi dan persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan
fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga
lima meter bagi aktiviti dinamik serta peralatan perlu dibersihkan dan
disanitasi.
Katanya aktiviti
sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan Prosedur
Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM, yang sedia
ada.
Sumber: Bernama
